Bidang PPU (Penyejukan & Penyamanan Udara) merupakan satu bidang yang juga penting dan semakin digemari oleh masyarakat Malaysia. Jika dilihat trend masa kini hampir semua rumah ada kemudahan aircon dan peti sejuk. Dijangka pada masa akan datang aircon akan menjadi seperti TV LED. Semakin banyak permintaan, semakin lama semakin murah. Tapi ia akan ambil masa yang agak lama kerana masih ramai lagi yang berfikiran kos penggunaannya yang agak mahal. Secara anggaran, beza jika tidak menggunakan aircon adalah sekitar RM40 ke RM60 sebulan (untuk 1hp dan guna 8 jam sehari, set >22 degree C). Namun jika kita rasa keadaan semakin panas disebabkan global warming maka semakin banyak permintaan aircon selain dari trend pasangan baru berumah tangga yang inginkan malam lebih dingin.
