
Pressure Switch / Pressure Control / Suis Tekanan dalam bidang penyejukbekuan biasanya digunakan pada sistem Cold Room. Tujuannya untuk memutuskan bekalan kepada sistem atau kepada compressor jika berlaku kejatuhan tekanan atau tekanan beban pendingin terlampau tinggi pada sistem penyejukbekuan. Kedudukan Low Pressure diletak antara Evaporator dan Compressor, manakala High Pressure diletak antara Compressor dan Condenser.

Gambarajah: Kedudukan pemasangan Low (LP) & High (HP) Pressure Switch. (kitaran arah jam)
Selain dari Pressure Switch, sistem Cold Room biasanya dilengkapi dengan sistem kawalan elektronik yang digunakan untuk menetapkan suhu. Sistem kawalan elektronik juga disebut-sebut dengan jenama yang biasa digunakan di Malaysia, Eliwell.
Jika anda tiada pengetahuan tentang cara setting pressure switch ini percayalah bahawa anda tidak akan dapat mengubah setting dengan hanya membaca manual yang terdapat bersama alat ini dalam kotak sewaktu membelinya...Melainkan anda gifted.
Contoh Setting: Low / Low-High Pressure Control
Sebuah Cold Room menggunakan refrigerant R404a ingin diset pada suhu -18°C. Low Pressure Controller akan Cut-Out (OFF) sistem penyejukbekuan jika 10°K lebih rendah dari suhu yang diset tadi dan akan Cut-In (ON) apabila mencapai suhu -8°C. Sila set pressure switch anda.
Jawapan:
Sebelum itu, anda kena faham bahawa Pressure Switch bukan Electronic Controller (Eliwell). Electronic Controller kena set lain, pressure switch kena set lain. Suku-suku.
Suhu Cut-out, Tco = -(18°C + 10°K)
= -28°C atau -18.4°F
* Suhu ditukar kepada °F kerana dah terbiasa guna unit tekanan dalam Psi.

Gambarajah: Keratan jadual suhu-tekanan bagi bahan pendingin. Tekanan adalah dalam unit psi.
Rujuk dalam jadual Tekanan-Suhu. Pada suhu -18.4°F = tekanan 16.85 Psig.
Gunakan kaedah Interpolation untuk mendapatkan tekanan pada bacaan suhu yang diinginkan.
Contoh pengiraan interpolation:
x1 = -20°F, y1 = 15.7 psi
x2 = -18.4°F, y2 = 16.85 psi
x3 = -15°F, y3 = 19.3 psi
Gunakan kaedah Interpolation untuk mendapatkan tekanan pada bacaan suhu yang diinginkan.
Contoh pengiraan interpolation:

x2 = -18.4°F, y2 = 16.85 psi
x3 = -15°F, y3 = 19.3 psi
Jadi tekanan Cut-out adalah 16.85 Psig.
Suhu Cut-in, Tci = -8°C atau 17.6°F
Rujuk dalam jadual Tekanan-Suhu. Pada suhu 17.6°F = tekanan 51.48 Psig.
Jadi tekanan Cut-in adalah 51.48 Psig.
Difference, Diff = Pressure Cut-in - Pressure Cut-out
= 51.48 - 16.85
= 34.63 Psig
Jadi, Cut-in = 51.48 Psig dan Diff = 34.63 Psig. Kita akan set pressure switch berdasarkan Cut-in dan Diff ini.
* Eksperimen ini dijalankan tanpa memasang pressure switch pada kedudukan
sebenar. Kita hanya nak menguji kefungsian alat ini. Saya menggunakan
refrigerant R134a untuk memasukkan tekanan pada pressure switch. Anda
mungkin juka boleh menggunakan Air Compressor atau Gas Nitrogen untuk
jalankan ujikaji ini. Untuk sistem sebenar anda tak perlu test, set je pasti ok.
Tetapan (Setting) Pressure Switch Control jenis Low
* Pressure switch ini adalah jenis single Low Pressure Control, tanpa High. Jenama Denfoss.

Gambarajah: Low Pressure switch control yang dah tanggal sarung/casing.

Terminal output: 1-2 adalah Cut-out dan 1-4 adalah Cut-in. Sambungan Cut-out boleh disambung pada suis trip pada litar elektrik untuk mematikan litar.

Gambarajah: Penyambungan bagi tujuan ujian kefungsian Low Pressure switch control

Naikkan tekanan pada Low side. Pressure Switch akan trigger (Cut-in) apabila mencapai 51.48 psi. Bermakna sistem hanya beroperasi secara normal pada tekanan melebihi 51.48 psi Low side.

Kita boleh menggunakan multimeter untuk mengesahkan suis Cut-in sudah trigger. Atau boleh juga sambungkan litar lampu pada terminal 1-4. Lampu akan menyala jika suis triggered.

Buang tekanan pada Low side. Pressure Switch akan Cut-Out apabila kurang dari 16.85 psi. Ini bermakna tekanan terlalu rendah mungkin disebabkan kebocoran, jadi sistem akan Cut-out (OFF). Atau boleh juga sambungkan litar lampu pada terminal 1-2. Lampu akan menyala jika suis triggered.
Tetapan (Setting) Pressure Switch Control jenis Low-High
* Pressure switch ini adalah jenis Low-High Pressure Control. Jenama ALCO.Kaedah setting adalah sama. Cuma bahagian high kita boleh tambah protection tekanan lampau dengan setting bahagian high. Biasanya kita akan set 400psi atau 300psi atau bergantung pada kegunaan dan kemampuan compressor.
Konsep tekanan compressor (rule of thumb) adalah berdasarkan nisbah 1low:4high. Jika Low adalah 70psi maka High adalah 280psi. Bagi sistem penyejukbekuan boleh jadi menggunakan nisbah 1Low:8High. Jika Low = 9psi maka High = 72psi.

Terminal output: 11-12 adalah Cut-out, 11-14 adalah Cut-in. Di bahagian High, 21-24 adalah Cut-out.
Untuk eksperimen High side, saya hanya set pada tekanan 100psi atau seminimum mungkin sebab tekanan tong bahan pendingin rendah sebab dah banyak kali guna.
Steps sama dengan setting Low side. Sistem akan Cut-out apabila mencapai 100psi. Jika anda set 300psi maka sistem akan trigger Cut-out pada tekanan mencapai 300psi.
Nice blog....Keep it up
ReplyDeleteUnderstanding the concept of EB- 5 Investment
LCR Capital Partners is a company formed by former students of Harvard, with expertise in the financial sector and also has partners with extensive experience in Fast Food Franchise. Built in 2014, it recieved its approval as Regional Centre by the US Department of Immigration (USCIS) quickly and efficiently.
Immigration services in Mumbai, Immigration Lawyers in New Delhi, eb 5 visa consultants in India
saya perlu tolong....siapa ada buat VRV aircond.? boleh msg i : 012 2266884.....urgent
ReplyDelete