Semua orang dah tahu sistem VRV merupakan sistem penyamanan udara cekap tenaga. Sistem penyamanan udara jenis VRV/VRF/VRA dan lain-lain sudah semakin meluas dipasang di Malaysia. VRV merupakan trend masa kini. Jika sebelum ini trend sistem menggunakan sistem chiller dan water cooled. Tetapi sejak penularan penggunaan sistem VRV, telah menjadikan VRV sebagai pilihan selain dari penggunaan sistem water based yang sudah dianggap obsolete..out dated..VRV mula disebut-sebut kerana kelebihan yang diperolehinya.
Walaubagaimanapun sistem VRV masih lagi dikatogeri sebagai mahal, spare part masih mahal, dan menjadikan kerja-kerja pemasangan mahupun troubleshoot menjadi mahal. Masih tidak ramai individu mampu menggunakan sistem ini. Sama juga sistem water based, tak semua mampu pasang. Namun keadaan adalah lebih baik berbanding 5 atau 10 tahun dahulu. Sistem VRV/VRF ni pon dah ada yang disesuaikan untuk kegunaan residential. Ada yang boleh capai 13 indoor untuk 1 outdoor untuk residential.
Siapakah yang berani 'bermain' dengan sistem VRV ini? Buat masa sekarang hanya specialist sahaja. Samada authorize diberikan lesen oleh pengeluar Daikin atau individu-individu ex-Daikin free lance yang pernah mengendalikan VRV sahaja. Kedai-kedai aircond mahupun mekanik-mekanik yang berpengalaman dalam aircond 10 - 20 tahun pun belum tentu berani sentuh..Boleh tengok je..
Untuk detail troubleshoot pula ada menggunakan hardware dan software khas, boleh extract segala maklumat termasuk keadaan kesihatan unit, dan inilah yang biasanya orang biasa-biasa takde.
Baru-baru ni (2016) jenama ACSON sudah melancarkan penyamanan udara berkonsepkan VRV/VRF dengan nama VRA seperti yang telah dipatenkan. Sistem VRA didatangkan dengan servis team specialist jika berlaku masalah dengan jaminan sistem selama 5 tahun.
Semua sistem ada pro dan kontra..ada mahal ada murah..bergantung kepada kesesuaian tempat..dan yang paling utama bajet masing-masing.
Kembali kepada topik sebenar..
Kaedah pemasangan VRV yang betul sebenarnya boleh didapati di internet dalam bentuk .pdf yang dikeluarkan sendiri oleh pengeluar Daikin. Boleh google je. Tujuan post kali ini hanya nak tunjuk dan nak cakap VRV ni nak buat boleh tapi biar ada ilmu atau kita boleh lihat pengalaman orang. Adalah lebih baik go through manual pemasangan, pergi kursus (jika ada) dan mendapat khidmat nasihat pakar sebelum memasang VRV buat kali pertama.
Latarbelakang projek pemasangan sistem VRV ini;
Sistem VRV ini merupakan barang latihan milik sebuah institut di Sandakan. Pada asalnya VRV sudah dipasang namun pengguna tidak puas hati dengan kedudukan indoor sedia ada yang terlalu hampir antara satu sama lain. Nak dijadikan cerita, jadilah satu kursus buka dan pasang semula sistem VRV yang mana ilmunya boleh dimanfaatkan kepada semua peserta yang terlibat.
Semasa kursus ini berjalan, tidak melibatkan langsung kontraktor luar atau authorize personel dari Daikin. Hanya menggunakan khidmat Pakar dalaman sedia ada. Hebat betul. Majoriti peserta tak pernah kendalikan VRV tetapi juga bukan budak baru dalam bidang aircond. Dengan tunjuk ajar dari yang pakar, rasa macam mudahnya install VRV ni.
Spesifikasi sistem:
Sistem: VRVII
HP: 5HP
Refrigerant: R22
Bilangan indoor: 4
(samada VRVII atau VRVIII, setting sistem lebih kurang sama)
Sistem VRV merupakan sistem pengawal bahan pendingin. Kelebihan sistem VRV adalah lebih dari 1 indoor boleh di pasang dengan cuma 1 outdoor dan setiap indoor boleh digunakan secara sendirian tanpa mengganggu indoor yang lain. Indoor unit adalah special untuk unit VRV sahaja kerana di indoor ada terminal komunikasi dengan unit indoor yang lain dan unit outdoor. Di setiap indoor juga terdapat Metering Device jenis EXV (Electronic Expansion Valve).
Rekabentuk indoor mestilah 90-95% kapasiti outdoor. (berdasarkan kapasiti indeks)
Jika nak senaraikan, setiap jenis sistem penyamanan udara ada kebaikan dan ada kelemahan. Bagi VRV biasanya pengguna hanya melihat lebih dari segi kecekapan tenaga yang membawa kepada penjimatan bil elektrik untuk jangka masa yang panjang.
Secara asasnya, features yang dibawa untuk setiap VRV itu sendiri agak berbeza-beza. Biasanya versi terkini adalah lebih baik berbanding versi-versi yang sebelumnya.
VRVII: Panjang paip kuprum maksima 150 meter indoor ke outdoor. Jika ambil kira equivalent pipe length bagi elbow, refnet, dan segala fittings, total panjang paip kuprum adalah 300-500m.
VRVIII: Panjang 165m, tambah panjang kesamaan paip lurus bagi fittings elbow dan lain-lain, total panjang 1000m.
VRVII = max. 48 indoors
VRVIII = max. 64 indoors
VRVII-S = max. 9 indoors
VRVII = paling besar 16 HP outdoor 1 unit
VRVIII = paling besar 18 HP outdoor 1 unit
Kombinasi outdoor maksima 3 unit atau modul.
VRVII = kombinasi max. 48 hp
VRVIII = kombinasi max. 54 hp
Gambar 1: Refnet
(Credit to Daikin. For educational purpose only.) |
Gambar 2: Refnet joint & header
Refnet merupakan penyambung copper pipe bagi tujuan membahagi bahan pendingin samarata kerana tambahan indoor. Belian biasanya dalam set. 1 set termasuk 2 saiz berserta insulation. Refnet ada 2 jenis, Y-joint dan Header. Tujuan sama, untuk membahagi bahan pendingin sama rata ke dua atau lebih saluran paip kuprum.
1) System Recovery
Disebabkan sistem asal adalah tersedia terpasang, jadi sistem perlu di recovery bagi tujuan memindahkan bahan pendingin ke dalam tong simpanan.
Gambar 3: System recovery
2) Mount indoor dan outdoor
Setelah recovery, potong copper pipe dan segala pendawaian. Kemudian pasang indoor dan outdoor pada kedudukan yang diinginkan.
Gambar 4: Pasang indoor
3) Buat pemaipan copper pipe
Potong refnet mengikut saiz copper pipe yang bersesuaian. Contohnya 1/4" atau 1/2".
Gambar 5: Potong refnet
Gambar 6: Lentur paip kuprum
(Credit to Daikin. For educational purpose only.) |
Gambar 7: Penebatan haba bagi paip kuprum
Brazing refnet pada copper pipe line. Guna silver rod >15% silver sebab refnet merupakan copper yang tebal. Untuk copper pipe line, gunakan copper pipe yang mempunyai ketebalan >0.7mm (iaitu 0.7, 0.8, atau 0.9) untuk sistem VRV. Gosok copper pipe sampai kilat dengan menggunakan kertas pasir halus (paling halus atau guna berus periuk halus) bagi pastikan fillet rod tu cair dan mudah lekat ke copper pipe.
Gambar 8: Brazzing refnet
(Credit to Daikin. For educational purpose only.) |
Gambar 9: Kaedah menggunakan gas nitrogen semasa brazing.
Gambar 10: Tube Expander
Pastikan sentiasa alirkan gas nitrogen semasa brazzing bagi mengelakkan dalam paip berkarbon. Karbon akan menjadi masalah yang paling besar bagi sistem penyamanan udara yang boleh akibatkan paip kuprum chocking..tercekik.
4) Pressure test
Uji kebocoran dengan menggunakan gas nitrogen pada tekanan 300psi selama 10 minit atau beberapa jam jika perlu. Untuk projek ini kami uji selama 1/2 hari.
Gambar 11: Pressure test
5) Vacuum Sistem
Vakum sistem sekurang-kurangnya 500 micron bagi memastikan tiada udara, kelembapan dan akan memudahkan refrigerant masuk ke dalam sistem semasa proses charging kelak.
Gambar 12: Vacuum sistem
(Credit to Daikin. For educational purpose only.) |
Gambar 13: Kaedah vaccum sistem
6) Pasang wiring pada indoor dan outdoor
Pada outdoor, pastikan sambungan kabel ke terminal menggunakan cable lug yang bersesuaian bagi mengelakkan berlakunya masalah kabel yang dipasang tidak kemas dan akan berlakunya error pada sistem.
Gambar 14: Pendawaian outdoor
Gambar 15: Pendawaian indoor
Penyambungan indoor dan outdoor adalah seperti gambar berikut:
Gambar 16: Gambarajah pendawaian indoor dan outdoor pada terminal
Sumber power supply indoor dan outdoor adalah lain-lain. Bukan macam split unit, tapping indoor dan outdoor dari sumber yang sama.
Lakukan ujian keterusan, IR test dan kekutuban specially pada wire Life-Neutral. Sistem akan dapat bacaan ohm yang tinggi untuk ujian kekutuban (L-N) jika wire neutral sambung tidak betul.
(Credit to Daikin. For educational purpose only.) |
Gambar 17: Jenis communication wire
(Credit to Daikin. For educational purpose only.) |
Gambar 18: Saiz communication cable
(Credit to Daikin. For educational purpose only.) |
Gambar 19: Penyambungan communication cable outdoor-indoor.
7) Charging Sistem
Masukan bahan pendingin sehingga bacaan lowside dan highside bersesuaian dengan sistem. Sistem ini menggunakan refrigerant R22, maka lowside=70psi, highside 240psi (berdasarkan buku manual).
Gambar 20: Charging
(Credit to Daikin. For educational purpose only.) |
Gambar 21: Tatacara menambah bahan pendingin pada sistem VRV
(Credit to Daikin. For educational purpose only.) |
Gambar 22: Formula menentukan jumlah bahan pendingin tambahan bagi sistem VRV
Jika VRV menggunakan refrigerant R410a; kebiasaannya kita akan terbalikkan tong bahan pendingin semasa proses charging bagi tujuan memasukan liquid. Namun VRV juga ada function mode bagi menambah bahan pendingin yang dipanggil Additional Charge Mode.
ON outdoor. VRVII ini akan start selepas 15 minit sebab CPU sistem slow. Dan ON indoor semasa semasa charging dan perhatikan controller indoor untuk error code. Controller indoor ada 2 jenis; wired dan remote control; yang wired lebih banyak fungsi berbanding RC.
Gambar 23: Wired controller
Gambar 24: Remote controller
8) Test operation / test run
Parameter yang perlu diukur:
INDOOR
i) Suhu udara suction dan discharge
OUTDOOR:
i) IR test & Phase test sebelum ON sistem (dah buat tadi pada step 7)
ii) Voltage dan power supply
iii) Tekanan paip suction dan discharge
iv) Suhu paip suction dan discharge
v) Suhu udara suction dan discharge
vi) Frequensi compressor
Selepas semua parameter telah diuji dan diukur, ON sistem. Pastikan outdoor dah ON power supply minimum 6 jam sebelum ON sistem bagi memastikan crankcase heater memanaskan compressor. ON outdoor dan indoor.
Gambar 25: PCB VRV
PCB mahal harganya. Anggaran dalam RM4000 ke 5000 seunit siap pasang berserta consultasi dari pakar. Selalunya masalah cicak masuk dan PCB terbakar.
Pada unit outdoor:
Lakukan Field Setting, dan selepas siap, set kepada Setting Mode 1.
Untuk pertama kali, test sistem dengan menekan test button selama 5 saat. Sistem akan jalan sendiri sampai habis lebih kurang 30 minit. Jika ada error, LED akan berkelip pada H2P dan H3P.
Gambar 26:Test button
Gambar 27: Keadaan LED selepas test operation
Jika berlaku error, kita boleh mengenal pasti error code tersebut melalui alat kawalan indoor atau LED outdoor unit.
Kenalpasti error code boleh dari indoor (alat kawalan) mahupun outdoor (LED & button). Kaedah nak kenalpasti error code dan juga cara menggunakan alat kawalan serta unit outdoor adalah seperti langkah-langkah berikut:
Dengan menggunakan alat kawalan, pengguna boleh masuk field setting tetapi terhad kepada unit indoor sahaja. Berikut ditunjukkan beberapa contoh indoor field setting.
Gambar 28: Paparan alat kawalan model BRC1C62
Indoor Unit Field Setting: Monitor suhu (41)
Pengguna boleh monitor suhu berikut untuk tujuan pemantauan:
a) Room Temperature, 00
b) Suction Air Temperature, 01
c) Liquid Line Temperature (selepas EXV), 02
d) Gas Line Temperature, 03
1- Tekan dan hold TEST sehingga paparan suhu tetapan berubah kepada 01 SETTING.
2- Tekan dan hold lagi TEST sehingga paparan berubah kepada 40 SETTING.
3- Tekan anak panah suhu menaik untuk kepada 41 SETTING.
4- Tekan anak panah timer menaik atau menurun untuk monitor suhu dalam kod 00, 01, 02, 03 seperti penerangan.
Indoor Unit Field Setting: Lihat sejarah error code (40)
1- Kaedah sama seperti monitor suhu (41).
2- Apabila berada pada 40 SETTING, tekan anak panah timer menaik atau menurun untuk lihat sejarah error code yang disimpan sebanyak 9 kod.
Indoor Unit Field Setting: Increase indoor fan air flow (13)
Bagi model indoor yang boleh pasang duct, indoor boleh disetting bagi meningkatkan air flow. Jika menggunakan duct, static pressure akan menjadi rendah, jadi kita mesti tambah air flow.
1- Tekan dan hold TEST sehingga paparan suhu tetapan berubah kepada 01 SETTING.
2- Tekan anak panah suhu menaik untuk kepada 13 SETTING.
3- Tekan anak panah timer menaik sehingga 0-01 menjadi 6-01.
4- Tekan anak panah timer menurun sehingga 6-01 menjadi 6-07.(6=1st code, 07=2nd code.) Factory setting adalah 6-07 pada ESP=100Pa. Boleh naikkan maximum ESP sehingga 200Pa (6-15) dan rasa sendiri kadar angin yang keluar lebih deras.
Outdoor Unit Field Setting:
Unit outdoor berfungsi dalam 3 keadaan.
i) Mode 1: Normal
ii) Mode 2: Maintenance
iii) Monitor mode
Seperti gambar 29, setting dilakukan dengan menekan button dan melihat signal LED.
Gambar 29: Outdoor control unit pada PCB
Gambar 30: Setting MODE
Monitor Mode: Total indoor unit
Tujuan untuk cek jumlah indoor dari PCB outdoor unit.
1- Tekan MODE sekali. (LED MODE berkelip)
2- Tekan SET 5x. (LED binary code berkelip, H5P=4, H7P=1, maksudnya dah tekan SET 5x)
3- Tekan RETURN sekali. (LED binary code berkelip menandakan jumlah indoor)
4- Tekan MODE sekali. (kembali ke asal)
Monitor Mode: Latest error code
Tujuan untuk cek error code semasa dan sejarah error code.
1- Tekan MODE sekali. (LED MODE berkelip)
2- Tekan SET 14x. (LED binary code berkelip, H4P=8, H5P=4, dan H6P=2 maksudnya dah tekan SET 14x)
3- Tekan RETURN sekali. (LED binary code berkelip menandakan 1st error code)
4- Tekan SET sekali. (LED binary code berkelip menandakan 2nd error code)
5- Tekan MODE sekali. (kembali ke asal)
1st error code:
F: H5P & H7P
U: H4P & H7P
H: H4P, H6P & H7P
J: H5P & H6P
2nd error code (Binary code):
H7P: 1
H6P: 2
H5P: 4
H4P: 8
H3P: 16
H2P: 32
(Sila rujuk jadual error code dari Daikin bagi kenalpasti maksud error code. Boleh Google atau minta dengan Daikin.)
Field Setting: SET NO 0: Isolate inverter compressor
Field setting ini akan mengasing compressor inverter daripada compressor biasa. Tujuannya adalah untuk memeriksa compressor inverter tanpa OFF sistem. Sistem akan jalan menggunakan compressor biasa.
1- Tekan MODE dan hold 5 sec. (H1P akan menyala)
2- Tekan RETURN sekali. (H7P menyala - factory setting)
3- Tekan SET sekali. (H6P menyala - manual setting)
4- Tekan RETURN 2x. (Confirmation)
5- Tekan MODE sekali. (Balik ke mode asal)
Pada masa ini compressor inverter sudah di isolate dan standard compressor berjalan seperti biasa.
Field Setting: SET NO 6: Force indoor ON
Tujuan untuk memaksa indoor ON serentak dengan bypass alat kawalan.
1- Tekan MODE dan hold 5 sec. (H1P akan menyala)
2- Tekan SET 6x. (H5P & H6P menyala)
3- Tekan RETURN sekali. (H7P menyala)
4- Tekan SET sekali. (H6P menyala)
5- Tekan RETURN 2x. (Confirmation). Pada masa ini Indoor akan dipaksa berfungsi dan alat kawalan tidak boleh digunakan. Apabila selesai buat apa yang diperlukan, buat step 6.
6- Tekan MODE sekali. (Balik ke mode asal)
Field Setting: SET NO 18: High Static Pressure Setting
Tujuan meningkatkan Static Pressure outdoor bagi sistem yang menggunakan Goose Neck. Static pressure factory setting adalah 58Pa. Tingkatkan SP kepada 78Pa.
1- Tekan MODE dan hold 5 sec. (H1P akan menyala)
2- Tekan SET 18x. (H3P & H6P menyala) <- jika rasa salah tekan, kurang atau lebih, tekan MODE sekali untuk batalkan setting. pastu buat semula dari step 1.
3- Tekan RETURN sekali. (H7P menyala)
4- Tekan SET sekali. (H6P menyala)
5- Tekan RETURN 2x. (Confirmation).
6- Tekan MODE sekali. (Balik ke mode asal)
Manual yang lebih terperinci boleh didapati dari Daikin atau Google.
Jika anda ada masalah VRV, sila dapatkan bantuan profesional dengan menghubungi Daikin yang terdekat.
Semoga bermanfaat.
Bolehkah Modified indoor vrv pasang ke outdoor yg biasa. Bole wasap jawapan ke 01111900940 Tq
ReplyDeleteKongsikan cawangan york ataupun syarikat yg menyelenggara sistem vrv ini.... Area perak dan kedah.....terima kasih
ReplyDeleteTerbaik terima kasih tuan2..
ReplyDeletevrv nama penuh dalam term enginering apa ya?
ReplyDeletevariable refrigerant volume
Deletevra itu ape maksud dia
ReplyDeleteBagaimana dgn penjimatan nya
ReplyDeleteMohon hubungi saya segera 016-2208583. Khidmat dan kepakaran diperlukan segera. Terima kasih
ReplyDeleteSaya ingin bertnya sesuatu tentang vrv ini boleh ws saya 01136499310
ReplyDeleteThanks for sharing this information. To know more click on Copper VRV & VRF Tube
ReplyDeletethank you
ReplyDelete