Wednesday, May 3, 2017

Pemasangan sistem VRV (Install & Troubleshoot)


Semua orang dah tahu sistem VRV merupakan sistem penyamanan udara cekap tenaga. Sistem penyamanan udara jenis VRV/VRF/VRA dan lain-lain sudah semakin meluas dipasang di Malaysia. VRV merupakan trend masa kini. Jika sebelum ini trend sistem menggunakan sistem chiller dan water cooled. Tetapi sejak penularan penggunaan sistem VRV, telah menjadikan VRV sebagai pilihan selain dari penggunaan sistem water based yang sudah dianggap obsolete..out dated..VRV mula disebut-sebut kerana kelebihan yang diperolehinya.

Sunday, June 19, 2016

HVAC - Pressure Switch Setting untuk sistem Cold Room


Pressure Switch / Pressure Control / Suis Tekanan dalam bidang penyejukbekuan biasanya digunakan pada sistem Cold Room. Tujuannya untuk memutuskan bekalan kepada sistem atau kepada compressor jika berlaku kejatuhan tekanan atau tekanan beban pendingin terlampau tinggi pada sistem penyejukbekuan. Kedudukan Low Pressure diletak antara Evaporator dan Compressor, manakala High Pressure diletak antara Compressor dan Condenser.

HVAC: U-value


Faktor-U atau U-value merupakan pekali haba yang dipindahkan pada sesebuah medium. U-value menerangkan kadar pemindahan haba pada struktur dinding atau bumbung yang dikira berdasarkan jumlah rintangan terma (thermal resistances) atau R-value bagi setiap lapisan.

U-value, U = 1/R                   ; unit adalah W/m 2 K

Dalam pengiraan Cooling Load / Beban Pendingin menggunakan kaedah terperinci, U-value digunakan sebagai pekali kepada luas sesebuah permukaan yang dikira.

Sunday, June 12, 2016

RAC: Pengiraan Beban Pendingin Rule Of Thumb


Cooling Load, Q = Area x Check Figures

Pengiraan beban pendingin mengunakan kaedah Rule of Thumb merupakan kaedah pengiraan menggunakan jadual Check Figures. Kaedah ini merupakan kaedah pengiraan yang sangat mudah. Kebanyakan pengilang juga menyarankan menggunakan kaedah ini melainkan melibatkan bahagian ruang yang memerlukan perincian yang rumit atau terdapat special requirement terhadap rekabentuk ruangan tersebut.

Wednesday, June 8, 2016

ALAT UBAH - Tukar Minyak Transformer


Tukar minyak atau salin minyak transformer ini menggunakan mesin salin minyak. Kalau diikutkan logik, sama seperti menukar minyak enjin kenderaan, samada nak guna mesin boleh, nak buat manual pon boleh. Tetapi proses berikut merupakan kaedah menggunakan mesin yang digunakan TNB bagi memastikan penukaran minyak lebih selamat dan lebih kemas tanpa pertumpahan minyak serta minyak terbuang disimpan terus ke dalam tong. Ini merupakan kerja specialis sebab TNB je guna transformer macam ni, orang awam tengok transformer di panggung wayang.

PAPAN SUIS: Shutdown & Normalize ACB


Kerja-kerja Shutdown perlu dilakukan ke atas Air Circuit Breaker (ACB) / Pemutus Litar Udara (PLU) pada Main Switch Board (MSB) / Papan Suis Utama (PSU) sebelum melakukan kerja-kerja penyelenggaraan ACB atau kerja-kerja lain yang melibatkan MSB. Masa inilah terma Shutdown, Normalize, Rack-in dan Rack-out akan digunakan.


Wednesday, July 15, 2015

HVAC - Teori Asas Tenaga Haba

 
(sumber gambar: Pearson Practice Hall Inc, 2007)

Dalam memahami konsep asas penyamanan udara, tidak akan lari dari pengenalan kepada Haba. Haba merupakan tenaga. Tenaga tidah boleh dimusnahkan, tetapi boleh dipindahkan. Konsep inilah yang digunapakai dalam RAC. Jika sesebuah bilik panas, kita menyejukkan bilik tersebut dengan memindahkan haba keluar dari bilik dan meyejukkan bilik dengan bantuan sistem penghawa dingin.