Sunday, June 12, 2016

RAC: Pengiraan Beban Pendingin Rule Of Thumb


Cooling Load, Q = Area x Check Figures

Pengiraan beban pendingin mengunakan kaedah Rule of Thumb merupakan kaedah pengiraan menggunakan jadual Check Figures. Kaedah ini merupakan kaedah pengiraan yang sangat mudah. Kebanyakan pengilang juga menyarankan menggunakan kaedah ini melainkan melibatkan bahagian ruang yang memerlukan perincian yang rumit atau terdapat special requirement terhadap rekabentuk ruangan tersebut.



Dengan menggunakan kaedah ini, pengiraan cooling load sesebuah ruang hanya perlu mengenalpasti luas kawasan (area) bagi ruang tersebut dan didarabkan dengan pekali faktor daripada jadual Check Figures tersebut. Ini adalah kerana jadual tersebut disediakan berdasarkan perkiraan para penyelidik terdahulu yang telah mengambil kira pelbagai faktor termasuk ketinggian ruang, material bangunan, keadaan kegunaan ruang, infiltration, dan lain-lain lagi.

Contoh:-

Soalan:
Gambarajah di bawah merupakan lukisan pelan sebuah dewan seberguna sebuah pusat pengajian. Ukuran keluasan ruang utama dewan adalah 44000mm x 24000mm. Berapakah beban pendinginan bagi ruang utama dewan tersebut?

Jawapan:
Sebelum menggunakan faktor Check Figures, kita perlu kenalpasti kekerapan penggunaan dewan tersebut dan tujuan penggunaan dewan tersebut. Adakah untuk kegunaan sukan? Adakah untuk kegunaan peperiksaan? Adakah untuk kegunaan perhimpunan? Adakah untuk kegunaan majlis makan-makan? atau adakah untuk tujuan kesemua yang dipersoalkan?

Soalan setetusnya, berapakah kapasiti maksima pengguna setiap kali menggunakan dewan?

Persoalan ini dibangkitkan bertujuan untuk mengenalpasti kategori pada column di jadual tersebut sama ada mahu menggunakan Lo, Avg atau Hi.

Untuk pengiraan ini, saya samakan dewan ini dengan Auditoriums/Theaters sebab berdasarkan saiz dan penggunaan dewan agak bersesuaian. Jadi, di bawah baris Applications, cari Auditoriums/Theaters. Kemudian di bawah column Grand total (Btuh/sqft) ambil nilai persilangan kedua2 tadi, 60, 80 dan 120.

(Perkiraan ini mengunakan unit Imperial, jadi tukar semua Metric kepada Imperial)

Situasi 1: Penggunaan dewan secara minima (Lo)

Check Figures: Grand total (Btuh/sqft) adalah 60 Btuh/sqft (Auditoriums, Theaters)


Cooling Load, Q = Area x Check Figures
                            = (144.4x78.7) x 60
                            = 681,857 Btuh

Situasi 2: Penggunaan dewan secara sederhana (Avg)

Check Figures: Grand total (Btuh/sqft) adalah 80 Btuh/sqft (Auditoriums, Theaters)

Cooling Load, Q = Area x Check Figures
                            = (144.4x78.7) x 80
                            = 909,142 Btuh

Situasi 3: Penggunaan dewan secara maksima (Hi)

Check Figures: Grand total (Btuh/sqft) adalah 120 Btuh/sqft (Auditoriums, Theaters)

Cooling Load, Q = Area x Check Figures
                            = (144.4x78.7) x 120
                            = 1,363,714 Btuh

Melalui 3 situasi pengiraan di atas, kita dapat lihat perbezaan jumlah beban pendingin yang diperolehi.

Kaedah rule of thumb ini adalah basic pengiraan beban pendingin bagi penyamanan udara. Namun bagi projek harga juta2 kebiasaannya consultant tidak menggunakan kaedah ini sebab terlalu simple, tak padan dengan harga. Kebiasaannya bagi projek juta2, consultant akan menggunakan perisian komputer. Dari A to Z guna komputer dengan data2 semua lengkap tak kisah la perisian cap ayam ke atau apa pun barulah customer rasa padan dengan harga.

No comments:

Post a Comment