Monday, July 1, 2013

HVAC - REALITI BIDANG PPU & PEMASANGAN AIRCON

(Ulasan ini adalah pendapat peribadi sahaja. Tidak boleh digunakan sebagai rujukan)

Bidang PPU (Penyejukan & Penyamanan Udara) merupakan satu bidang yang juga penting dan semakin digemari oleh masyarakat Malaysia. Jika dilihat trend masa kini hampir semua rumah ada kemudahan aircon dan peti sejuk. Dijangka pada masa akan datang aircon akan menjadi seperti TV LED. Semakin banyak permintaan, semakin lama semakin murah. Tapi ia akan ambil masa yang agak lama kerana masih ramai lagi yang berfikiran kos penggunaannya yang agak mahal. Secara anggaran, beza jika tidak menggunakan aircon adalah sekitar RM40 ke RM60 sebulan (untuk 1hp dan guna 8 jam sehari, set >22 degree C). Namun jika kita rasa keadaan semakin panas disebabkan global warming maka semakin banyak permintaan aircon selain dari trend pasangan baru berumah tangga yang inginkan malam lebih dingin.

 

Manufacturer sekarang design aircon (split unit) dengan jangkahayat hanya sekitar 5 tahun sahaja (untuk compressor) maka selepas waktu itu adalah lebih baik diganti dengan yang baru jika mengalami kerosakan yang kritikal. Jika pemasangan aircon yang betul (berdasarkan kedudukan indoor dan outdoor) serta penyenggaraan yang mengikut jadual jangka hayat aircon boleh mencapai lebih lama.