Wednesday, July 15, 2015

HVAC - Teori Asas Tenaga Haba

 
(sumber gambar: Pearson Practice Hall Inc, 2007)

Dalam memahami konsep asas penyamanan udara, tidak akan lari dari pengenalan kepada Haba. Haba merupakan tenaga. Tenaga tidah boleh dimusnahkan, tetapi boleh dipindahkan. Konsep inilah yang digunapakai dalam RAC. Jika sesebuah bilik panas, kita menyejukkan bilik tersebut dengan memindahkan haba keluar dari bilik dan meyejukkan bilik dengan bantuan sistem penghawa dingin.

HVAC - Konsep Asas Penyejukbekuan Dan Penyamanan Udara


Asas Refrigeration & Air Condition (RAC) sering kali dikaitkan dengan kitaran asas RAC. Komponen asas sesebuah sistem RAC ada 4 iaitu Compressor, Condenser, Metering Device , dan Evaporator. Gambar di atas menunjukan komponen-komponen asas RAC serta jenis-jenis setiap komponen tersebut yang biasanya digunakan di Malaysia. Berdasarkan tekanan psi refregerant di atas, ini merupakan kitaran untuk sebuah penyamanan udara secara am.