Monday, July 1, 2013

HVAC - REALITI BIDANG PPU & PEMASANGAN AIRCON

(Ulasan ini adalah pendapat peribadi sahaja. Tidak boleh digunakan sebagai rujukan)

Bidang PPU (Penyejukan & Penyamanan Udara) merupakan satu bidang yang juga penting dan semakin digemari oleh masyarakat Malaysia. Jika dilihat trend masa kini hampir semua rumah ada kemudahan aircon dan peti sejuk. Dijangka pada masa akan datang aircon akan menjadi seperti TV LED. Semakin banyak permintaan, semakin lama semakin murah. Tapi ia akan ambil masa yang agak lama kerana masih ramai lagi yang berfikiran kos penggunaannya yang agak mahal. Secara anggaran, beza jika tidak menggunakan aircon adalah sekitar RM40 ke RM60 sebulan (untuk 1hp dan guna 8 jam sehari, set >22 degree C). Namun jika kita rasa keadaan semakin panas disebabkan global warming maka semakin banyak permintaan aircon selain dari trend pasangan baru berumah tangga yang inginkan malam lebih dingin.

 

Manufacturer sekarang design aircon (split unit) dengan jangkahayat hanya sekitar 5 tahun sahaja (untuk compressor) maka selepas waktu itu adalah lebih baik diganti dengan yang baru jika mengalami kerosakan yang kritikal. Jika pemasangan aircon yang betul (berdasarkan kedudukan indoor dan outdoor) serta penyenggaraan yang mengikut jadual jangka hayat aircon boleh mencapai lebih lama.



Aircon adalah lebih baik dipasang oleh pakar kerana pemasangannya perlu kemas dan perlu faham konsep apa yang patut dan apa yang tidak supaya jagka hayat aircon lebih lama dan tidak mudah rosak. Kebanyakan yang menyediakan khidmat memasang aircon adalah tidak profesional seperti indon atau orang pendawai elektrik (PW)/chargeman kerana kebanyakan sekarang ramai orang pendawaian yang buat kerja aircon. Namun, perkara ini tidaklah kritikal kerana pasang aircon bukanlah sukar kerana hanya memerlukan tenaga yang mencukupi untuk mengangkat unit tersebut dan tools yang sesuai. Cuma repair aircon je yang perlu seseorng yang ada kemahiran.

Masalah hanya akan berlaku jika pelangan ingin itu-ini. Sebagai contoh di kawasan rumah teres, ruang untuk memasang outdoor unit adalah terhad. Jika pelanggan ingin memasang outdoor ditempat yang tinggi dan jauh seperti di atas bumbung pasti kelak akan datang masalah. Masalah seperti ini boleh diatasi dengan menggunakan teknik dan alat komponen tambahan yang sesuai tetapi masih lagi berisiko untuk rosak.

Secara kebiasaannya pengilang di Malaysia seperti OYL, Dunham Bush, Fujiaire dan lain-lain meng'design' slit unit untuk jarak 10kaki antara indoor dan outdoor. Jika melebihi design pastinya performance akan drop. Jika terlalu dekat (back-to-back) sepatutnya tiada masalah tetapi mengikut teori jika terlalu dekat gas aircon tidak sempat mencapai superheat dan menjadikan aircon tidak terlalu efficient.

Untuk pengetahuan anda, split unit jenama YORK dan ACSON adalah produk yang sama (hanya kepuk depan je buat lain), dikilangkan di Sg. Buloh, Selangor oleh OYL Group. Compressor diambil dari third party. Harga kedua-dua dijual berlainan kerana perjanjian antara jenama YORK dengan OYL.

Jenama TOPAIRE adalah produk dibawah pemasaran DUNHAM BUSH. Jenama Dunham Bush lebih kepada design sistem yang besar kerana mereka pakar dalam design customize dan unik. Untuk split unit mereka beri nama TOPAIRE, diimport dari kilang di China, 100% China tetapi kualiti masih dijamin. Kalau pergi ke kilang Dunham Bush takde pon nampak mereka buat split unit, semua sistem special design.

Jenama COOLMAN adalah dari FUJIAIRE, didakwa dikilang di Penang, Malaysia tetapi ada juga dakwa yang dari China. Jenama CoolMan ni baru nak naik, ada dengar warranty compressor 7 tahun.

Jenama Panasonic di kilang di Shah Alam. Saya hanya biasa dengar jenama ini untuk split unit sahaja. Tetapi komponen dalaman termasuk compressor mugkin adalah jenama Panasonic sendiri. Tetapi mungkin juga third party sebab kenalan saya ex-panasonic kata kos outsource buat compressor lebih jimat berbanding buat sendiri.

Apa pun aircon yang anda pilih pastikan:
(1) Kapasiti untuk sejuk dalam unit BTU, lagi besar BTU lagi bagus. Ada yang 1hp sama dengan 9800 btu dan ada 10000 btu.
(2) Warranty compressor - biasanya 5 tahun. Komponen yang sangat penting dan mahal.
(3) After service (kilang) - Kalau rosak, paling cepat sampai untuk check. Perlu ambil kira komponen alat ganti samada hantar ke rumah atau ambik sendiri kat gudang.
(4) After service (kontraktor) - biasanya beri waranti 1 ke 2 minggu dari sebarang kebocoran. Tapi kalau beri dua tiga hari pon dah memadai sebab kalau bocor, dalam tempoh satu malam je dah boleh habis gas. Jadi lepas pasang tu test la lama sikit.
Tambahan (5) Kalau order boleh hantar terus ke rumah pelanggan. Takde susahkan kontraktor yang nak pasang sebab kontraktor akan caj lebih kalau kena ambik stock kat kilang/gudang.
Tambahan (6) Inverter - Boleh jimat kalau cara guna betul. Kalau guna 24 jam dan set suhu 16 maka sama je macam bukan inverter. Inverter ni starting amp tinggi berbanding yang biasa.
Pilihan (7) Harga - Kos pemasangan + untung penjual jual aircon = berkemampuan. Sesetengah jenama boleh juga beli online direct dari website, cuma cari orang pasang je. Compare la sendiri mana lebih berbaloi.

Sekarang ni ada banyak jenama aircon kat pasaran, dan banyak juga yang made in China. Kualiti kalau jenama terkemuka boleh dijamin tapi kalau jenama kurang market ni takut after servis yang problem.

Termasuk juga alat ganti, compressor, copper tube, wiring cable, dan gas. Elakkan yang murah dan dari China yang tiada jaminan.

Gas pun ada made in China, lebih murah separuh dari harga ori, tapi dicampur dengan benda yang tak sepatutnya. Kesannya aircon tak efficint, kurang sejuk, dan compressor mudah jahanam.

8 comments:

  1. tq bos... mintak copy, buat baca..

    ReplyDelete
  2. nota anda sangat membantu. terima kasih

    ReplyDelete
  3. terima khasih atas maklumat yang berguna

    ReplyDelete
  4. Warranty compressor jenama ACSON biasanya 3 tahun bagi kurang 3 hp..lebih 3 hp 1 tahun je..hanya mitsubishi je berani bagi 5 tahun..
    gas r22 mostly datang dari china skg ni sb byk negara dah haramkan r22 ni

    ReplyDelete
  5. Tahniah Shariman... nota banyak membantu tenaga pengajar terutamanya kepada yang baru menceburkan diri dalam bidang ini.
    Mohon share untuk perkongsian yang amat bermanafaat

    ReplyDelete
  6. Sya cari AIRCOND Jenis carrier.1.hp

    ReplyDelete