Asas Refrigeration & Air Condition (RAC) sering kali dikaitkan dengan kitaran asas RAC. Komponen asas sesebuah sistem RAC ada 4 iaitu Compressor, Condenser, Metering Device , dan Evaporator. Gambar di atas menunjukan komponen-komponen asas RAC serta jenis-jenis setiap komponen tersebut yang biasanya digunakan di Malaysia. Berdasarkan tekanan psi refregerant di atas, ini merupakan kitaran untuk sebuah penyamanan udara secara am.
* Gambar-gambar berikut merupakan coretan nota saya menggunakan S Note.
Tekanan psi refrigerant adalah berbeza atau barangkali boleh jadi sama untuk kegunaan lain. Tekanan refrigerant berbeza bergantung kepada jenis refrigerant itu sendiri. Setiap refrigerant mempunyai properties tersendiri. Setiap refrigerant punyai takat didih dan takat beku masing masing. Contohnya untuk kenderaan, tekanan adalah berbeza berbanding sistem penyamanan udara biasa.
RAC flow cycle concept
Gambar di atas ni merupakan konsep kitaran asas penyamanan udara di Malaysia. Di sesetengah negara yang mempunyai cuaca sejuk mereka menggunakan heat pump atau ada cuaca sejuk dan panas sistem mereka menggunakan kedua2 gabungan compressor dan heat pump.
Konsep asas fizik, kaitan antara Tekanan (pressure) dengan Suhu (temperature) yang digunakan dalam sistem penymanan udara adalah seperti berikut:
Tekanan meningkat, suhu akan meningkat (panas).
Tekanan menurun, suhu akan menurun (sejuk).
Kitaran asas boleh dibahagikan kepada dua bahagian, bahagian sejuk dan bahagian panas.
1) Laluan panas keluar dari compressor ke condenser dipanggil discharge line (refrigerant dalam keadaan vapor/gas).
2) Laluan panas keluar dari condenser ke metering device dipanggil high side liquid line (refrigerant dalam keadaan vapor/gas dan liquid).
3) Laluan sejuk keluar dari metering device ke evaporator dipanggil low side liquid line (refrigerant dalam keadaan vapor/gas dan liquid).
4) Laluan sejuk keluar dari evaporator ke compressor dipanggil suction line (refrigerant dalam keadaan vapor/gas dan biasanya ada sedikit liquid).
Suhu dan tekanan pipe laluan yang dinyatakan di atas adalah berbeza bergantung kepada refrigerant.
Apabila refrigerant masuk ke compressor keadaan refrigerant tersebut sepatutnya adalah vapor/gas sepenuhnya kerana konsep compressor hanya berfungsi dengan vapor/gas sahaja. Di sinilah perlunya meletakkan accessories tambahan seperti accumulator.
Di dalam penyamanan udara itu sendiri terdapat beberapa jenis pengkelasan berdasarkan medium yang digunakan. Samada air atau angin. Perkara ini lebih kepada nak bagi nama sahaja dan kadang-kadang namanya berbeza bergantung kepada pengeluar atau praktikal seseorang.
Nama-nama penyamanan udara tersebut adalah seperti berikut:
Direct Expansion
1) Direct Expansion - menggunakan medium angin keseluruhan sistem sebagai medium perpindahan haba/penyingkiran haba.
Water Cooled Package
2) Water Cooled Package - Menggunakan air bagi menyejukkan condenser, dan angin pada bahagian evaporator.
Chilled Water System
3) Chilled Water System - Menggunakan air di bahagian evaporator sebagai medium pemindahan haba, dan angin pada bahagian condenser.
Water Cooled Chiller
4) Water Cooled Chiller - Menggunakan air bagi kedua-dua bahagian Evaporator dan Condenser bagi proses pemindahan haba.
Accessories components
Gambar di atas menunjukkan kedudukan accessories yang biasa digunakan dalam sistem penyamanan udara. Tidak semestinya wajib ada accessories2 ini untuk sesebuah sistem kerana ia melibatkan kos. Jika sesebuah sistem adalah perfect maka tak perlu lah menggunakan accessories. Selain itu accessories2 yang ada ini juga adalah bertujuan untuk memudahkan pemantauan sesebuah sistem. Sistem yang mempunyai refrigerant adalah sistem yang tertutup, adalah sangat mustahil untuk sesuatu benda atau habuk untuk masuk dan mengganggu kitaran sistem, melainkan habuk atau bendasing yang terperangkap pada fin atau pada sistem evaporator dan condenser yang menggunakan air. Jika guna angin, habuk akan melekat. Jika guna air, bendasing, karat, sampah boleh tersumbat. Oleh sebab itu, sistem perlu selalu disenggara dengan mencuci dan membuang habuk atau kekotoran untuk memastikan sistem berada dalam keadaan optimum.
No comments:
Post a Comment