Papan suis atau switch board yang biasa kita dengar adalah Main Switch Board (MSB) atau Sub-Switch Board (SSB). Kedua-duanya secara asasnya mempunyai fungsi yang sama. Fungsi utama Papan Suis adalah untuk memutuskan litar sama seperti fungsi suis-suis yang lain. Selain dari itu fungsi Papan Suis adalah untuk mengawal kemasukan dan pengagihan kepada beban.
Di Malaysia, kebiasaannya pengeluar Papan Suis akan menggunakan/mengikut standard yang di keluarkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) kerana JKR merupakan pelanggan yang paling utama dan paling cerewet bagi produk Papan Suis ini.
Rekabentuk papan suis biasanya ada dua iaitu (i) Wall mounted, (ii) Cubical.
Jenis Wall mounted biasanya untuk ampiar yang kecil, kurang 150A.
contoh wall-mounted;
contoh cubical seperti 3 bijik kat bawah ni...
contoh wall-mounted;
contoh cubical seperti 3 bijik kat bawah ni...
Jenis-jenis kemasukan Papan Suis Utama biasanya ada 3 jenis,
(1) 1 kemasukan (1 Incoming)
(2) 2 kemasukan (2 Incoming) berserta bus-tie
(3) 2 kemasukan (1 dari TNB & 1 dari EMS board)
Terdapat
tiga klas PSU;
(1) Tiada
kompartmen iaitu tiada dinding pemisah di antara bahagian-bahagian dalam PSU.
(2) Sebahagian
berkompartmen iaitu sebahagian sahaja dipisahkan daripada yang lainnya.
(3) Sepenuhnya
berkompartmen iaitu semua bahagian diasingkan dari yang lain.
Di
antara keperluan bilik suis adalah;
(1) Berhampiran dengan penempatan beban yang tinggi bagi mengurangkan
perbelanjaan submains dan kabel.
(2) Terhindar daripada banjir atau dekat dengan punca-punca air.
(3) Tidak terlindung atau terhalang oleh sesuatu supaya kerja-kerja operasi
dan senggaraan mudah dijalankan.
(4) Ditempatkan
didalam bilik khas dan mempunyai pintu yang berkunci.
(5) Bilik
suis hendaklah menerima pengedaran udara yang baik.
(6) Semua
pintu dan lubang udara dipasang dengan anti vermin proff netting supaya
serangga tidak dapat masuk.
(7) Ruang
kosong berukuran minima 2.5kaki dibahagian belakang dan minima 4.5 kaki
dibahagian hadapan PSU untuk kerja-kerja senggaraan.
(8) Mempunyaisaluran-saluran
yang mencukupi untuk kemasukan dan keluar kabel.
(9) Bilik
suis hendaklah dilengkapkan dengan alat pemadam api jenis gas yang dibenarkan
seperti CO2.
(10) Lampu
biasa,lampu kecemasan dan soket alir keluar dengan jumlah yang mencukupi
hendaklah disediakan di dalam bilik suis.
(11) Rajah
skema dan tikar getah dengan saiz yang sesuai hendaklah dipaparkan didalam
bilik PSU.
Bas-bar kuprum
Basbar adalah pengalir yang digunakan untuk mengagihkan bekalan elektrik dari pemutus litar utama kepada pemutus litar yang lain. Bas-bar digunakan bagi menggantikan kabel kerana lebih tahan, stabil dan pemasangan yang kemas.
Saiz
Bus-Bar Kuprum Voltan Rendah
|
Kadaran
Arus Pemutus Litar
|
6.3 mm x 25 mm
|
250 Amp
|
6.3 mm x 31.5 mm
|
300 Amp
|
6.3 mm x 40 mm
|
400 Amp
|
6.3 mm x 50 mm
|
500 Amp
|
6.3 mm x 60 mm
|
600 Amp
|
6.3 mm x 80 mm
|
800 Amp
|
6.3 mm x 100 mm
|
1000 Amp
|
2 x 6.3 mm x 60 mm
|
1200 Amp
|
2 x 6.3 mm x 80 mm
|
1600 Amp
|
Pemutus Litar Udara – PLU (Air Circuit Breaker - ACB)
ACB biasanya digunakan untuk papan suis sederhana dan sederhana besar. Biasanya untuk beban yang lebih dari 600A dan kurang dari 2000A. Jika lebih lebih besar adalah lebih baik untuk gunakan pemutus litar jenis lain seperti Pemutus Litar Hampagas (Vacuum Circuit Breaker - VCB) dan lain-lain lagi. ACB perlu disenggara/servis mengikut jadual bagi memastikan keadaan dan performance sentiasa baik.
Pemutus Litar Bekas Beracuan ( Moulded Case Circuit
Breaker - MCCB)
MCCB digunakan untuk memutuskan litar bersaiz sederhana kecil. Biasanya 40A hingga 400A. Funginya hanya untuk memutus litar. Tidak perlu diservis.
Alatubah
arus (Current transfomer - CT)
CT digunakan untuk menurunkan arus utama yang tinggi kepada arus skunder yang lebih rendah. Kebiasaannya dipasang untuk alat pengukur (metering) atau perlindungan. CT tidak dipasang secara direct dengan litar utama, tetapi menggunakan konsep aruhan untuk menghasilkan arus sekunder yang kecil samada 5A, 10A, dan sebagainya. Kebiasaannya adalah 5A.
Geganti Perlindungan (Protection Relay)
Relay digunakan untuk tujuan menghantar isyarat kepada breaker untuk memutuskan litar secara automatik.
Terdapat 2 jenis Relay;
(1) Earth Leakage/Fault Relay
(2) Overcurrent Relay
Relay perlu ditatah (setting) mengikut keperluan bergantung pada beban (% amp) dan masa untuk trip.
Capasitor Bank
Capacitor bank digunakan untuk memperbetul atau membaiki faktor kuasa (power factor). Faktor kuasa yang sebaik-baiknya adalah 1 tetapi adalah mustahil untuk mendapatkan pf=1. TNB membenarkan pf dalam lingkungan 0.85 hingga 1, TNB akan mengenakan caj penalti jika kurang dari itu. Faktor kuasa boleh berubah-ubah bergantung pada kegunaan kita; jika kerap dan banyak menggunakan barang bermotor, power factor akan berubah. Operasi capasitor bank ini dikawal oleh power factor regulator. Tidak semestinya semua papan suis akan ada capasitor bank. Ianya bergantung kepada rekabentuk sesebuah papan suis tersebut.
Mungkin ada lagi komponen-komponen yang lain yang terdapat pada papan suis yang saya tidak sebut kerana setiap papan suis adalah direka mengikut keperluan pelanggan. Semuanya adalah unik. Boleh saja tambah dan buang aksesori pada papan suis bergantung pada kehendak dan bajet.

Terima kasih atas perkongsian ilmu saudara
ReplyDeleteamat bagus cume perlu ditambah beberapa perkara lagi
ReplyDeleteklu x keberatan bole share detail calculation and design utk capacitor bank..
ReplyDeleteUlasan yg baik dan santai untuk d fahami..
ReplyDeleteterima kasih sedara . mudah difahami . thumbs up
ReplyDeleteperkongsian yg membantu..terbaik
ReplyDeleteJika 415v melonjak ke 450v pada psu,,apa hrs kita buat?
ReplyDeleteJika 415v pd psu naik ke 450v,,apa yg harus di buat utk kekalkan 415v?
ReplyDeletecukupkah 1 switch room sahaja untuk load 1500 kW seluas 50 acres, atau perlu split load ke 2 bahagian ? minta pencerahan .. terima kasih jika ada yg membantu
ReplyDeleteApa bahan² utk mendawai wallmounted ni maaf brtnya
ReplyDeleteboleh ke pw4 buat kerja ni??
ReplyDeletePW untuk litar mati dan domestik
DeleteTerima kasih atas kerjasama dan perkongsian anda
ReplyDelete