Wednesday, May 15, 2013

FAKTOR KUASA

Faktor kuasa adalah satu pengukuran kecekapan sesebuah litar elektrik. Kecekapan kuasa yang digunakan oleh sesebuah peralatan elektrik akan kurang dari 100% disebabkan oleh kehilangan kuasa. Kecekapan kuasa 100% bersamaan faktor kuasa = 1.

Alat-alat yang mempunyai gegelung akan bersifat induktif; contohnya cok, ballast, motor elektrik, alternator, dan transformer mempunyai faktor kuasa kurang dari 1. Ini terjadi kerana gegelung akan memerlukan kuasa untuk menghasilkan medan elektrik.

Faktor kuasa yang dibenarkan oleh pihak TNB adalah tidak kurang dari 0.85. Jadi jika kurang dari itu, pihak TNB akan mengenakan caj penalti kepada pengguna.

Persamaan segitiga kuasa;

Beban Resistif
Hanya mempunyai beban tulin. Tiada gegelung pada alatan. Hanya akan membebaskan haba. Tidak menghasilkan medan magnet. Contoh alat: Lampu, Pemanas air, dan Seterika.

Beban Induktif
Beban yang mempunyai gegelung. Gegelung akan menghasilkan medan elektrik dan seterusnya akan menghasilkan daya mekanikal. Contoh alat: Kipas angin.

Keburukan Faktor Kuasa rendah
(1) Dikenakan penalti oleh TNB jika faktor kuasa kurang 0.85
(2) Arus menjadi lebih tinggi
(3) Kehilangan kuasa pada pengalir
(4) Susutan voltan pada kabel pengalir
(5) Susutan kuasa dan voltan pada alatubah
(6) Merugikan pihak TNB

Kadar denda yang dikenakan oleh TNB
(1) Faktor kuasa diantara 0.85 hingga 0.75; 1.5% daripada jumlah bil bulanan.
(2) Faktor kuasa kurang dari 0.75; 3% daripada jumlah bil bulanan.

Contoh:

Maximum demand = 1000kW
kWh = 65000 unit
kVARh = 85000 unit
Bil bulanan = RM18500

Kira caj denda jika faktor kuasa 0.61
Penyelesaian: 
1.    (0.85 – 0.75) ¸0.01 = 10 x 1.5% = 15%
2.    (0.75 – 0.61) ¸0.01 = 14 x 3%    = 42%

Jumlah Denda    =   15 + 42   =   57%
                 =    57/100   x   RM 18500      =      RM 10,545.00


7 comments:

  1. Salam semua
    utk mengelakkan pejabat / kilang / pasaraya anda terkena surcharge power factor tnb. ......sy ada jalan penyelesaiannya. ..harga amat berpatutan. .for information direct call 0166267626 lembah klang sahaja

    ReplyDelete
  2. bagaimanakah kaedah mengukur faktor kuasa

    ReplyDelete
  3. Kebaikan faktor kuasa dibaikpulih tak ada
    ke?

    ReplyDelete
  4. ada, bil elektrik bertambah murah.

    ReplyDelete
  5. Adakah penalti akan dikenakan jika faktor kuasa berada pada paras kurang drpd 0.5 di bahagian LAG...(jarum ke atas)

    ReplyDelete