Wednesday, April 24, 2013

PAPAN SUIS (SWITCH BOARD) - FLASH TEST / AC HIGH POT TEST

Flash test / AC High Pot Test adalah ujian untuk menguji keadaan pembumian dan bushing penyambungan pada busbar ke papan suis.

Alat uji yang digunakan dalam ujian ini adalah jenama MEGGER model 4KV HV AC Test Set atau AC/DC High Pot Tester.

Kaedah ujian yang dijalankan adalah; Papan suis akan diinject voltage sebanyak 1.5kV atau lebih (bergantung pada keperluan) dalam masa 1 saat sebanyak 2 ke 3 kali. Lampu indicator failure akan menyala jika test fail. Maka perlu periksa keadaan bushing pada busbar.

Kerintangan pada busing akan menjadi berkurangan dan akan worn out makan tahun. Jadi, sebelum ada orang mati terkena renjatan elektrik sebab pegang papan suis atau pembumian, maka eloklah diperiksa terlebih dahulu.

 
Gambar 1: AC High Pot Tester

 
Gambar 2: Penyambungan ujian

 
Gambar 3: Set voltage kepada 1.5kV sebelum test

Ujian ini lebih kurang macam buat insulation resistance test (IR Test). Cuma alat uji yang digunakan lebih proper berbanding IR tester yang mana digunakan untuk kegunaan biasa-biasa je.

No comments:

Post a Comment