Showing posts with label elektrikal. Show all posts
Showing posts with label elektrikal. Show all posts

Wednesday, May 15, 2013

FAKTOR KUASA

Faktor kuasa adalah satu pengukuran kecekapan sesebuah litar elektrik. Kecekapan kuasa yang digunakan oleh sesebuah peralatan elektrik akan kurang dari 100% disebabkan oleh kehilangan kuasa. Kecekapan kuasa 100% bersamaan faktor kuasa = 1.

Alat-alat yang mempunyai gegelung akan bersifat induktif; contohnya cok, ballast, motor elektrik, alternator, dan transformer mempunyai faktor kuasa kurang dari 1. Ini terjadi kerana gegelung akan memerlukan kuasa untuk menghasilkan medan elektrik.

Faktor kuasa yang dibenarkan oleh pihak TNB adalah tidak kurang dari 0.85. Jadi jika kurang dari itu, pihak TNB akan mengenakan caj penalti kepada pengguna.

Persamaan segitiga kuasa;

Sunday, April 14, 2013

RUMUS ASAS ELEKTRIK KUASA

Rumus asas elektrik kuasa akan digunakan secara meluas dalam bidang elektrik kuasa. Tak kira tugas anda sebagai Engineer, Chargeman, Technician atau Pengurus perlu mahir dengan kiraan kuasa.

Secara asasnya kuasa terbahagi kepada 3 jenis berdasarkan segi tiga kuasa (power triangle).


Tuesday, April 9, 2013

PENGENALAN KEPADA SISTEM GRID NASIONAL DI MALAYSIA

Sistem Grid Nasional

Sistem grid nasional di Malaysia (semenanjung) dikendalikan oleh Syarikat Tenaga Nasional Berhad. Secara umumnya Pembahagian system pembahagian elektrik terbahagi kepada 3 iaitu Penjanaan, Penghantaran dan Pengagihan.

Gambar 1: Sistem grid nasional