Tuesday, April 9, 2013

PENGENALAN KEPADA SISTEM GRID NASIONAL DI MALAYSIA

Sistem Grid Nasional

Sistem grid nasional di Malaysia (semenanjung) dikendalikan oleh Syarikat Tenaga Nasional Berhad. Secara umumnya Pembahagian system pembahagian elektrik terbahagi kepada 3 iaitu Penjanaan, Penghantaran dan Pengagihan.

Gambar 1: Sistem grid nasional


Penjanaan

Proses penjanaan elektrik dilakukan dengan menggunakan sistem janakuasa yang berkapasiti besar bagi membolehkan penghasilan tenaga elektrik dibekalkan kepada pengguna mencukupi. Terdapat beberapa jenis sistem penjanaan elektrik di Malaysia.

Jenis-jenis system penjanaan:

                      i.        Wap
                     ii.        Gas
                    iii.        Hydro
                   iv.        Angin
                    v.        Nuklear
                   vi.        Solar

 
 Gambar 2: Sistem janakuasa wap

 

Gambar 3: Sistem janakuasa gas

 
 Gambar 4: Sistem janakuasa hydro

 
 Gambar 5: Sistem janakuasa angin

 
 Gambar 6: Sistem janakuasa nuklear

 
Gambar 7: Sistem janakuasa solar

 
Gambar 8: Sistem janakuasa di semenanjung Malaysia


Penghantaran

Sistem penghantaran berfungsi sebagai medium penghantaran bekalan kuasa dari stesen janakuasa ke pengguna. Terdapat tiga kaedah umum bagi penghantaran iaitu menggunakan talian atas, bawah tanah dan dasar laut.

Sistem penghantaran ini dibahagikan kepada dua peringkat asas iaitu voltan rendah dan voltan tinggi. Voltan tinggi biasanya dihantar kepada industri-indusri besar manakala voltan kecil dihantar kepada industri kecil, rumah mahupun bangunan.

 
 Gambar 9: Talian atas voltan tinggi

 
Gambar 10: Talian atas voltan rendah

 
Gambar 11: underground

 
Gambar 12: underground
 
Pengagihan
     
Sistem pengagihan berfungsi mengagihkan bekalan elektrik kepada pengguna termasuk industri. Sistem ini melibatkan sistem pencawang elektrik yang merangkumi alat ubah, RMU dan papan pengagihan litar.

Pengagihan voltan termasuklah 132kV, 33kV, 22kV, 11kV, 6.6kV, 415V dan 240V

Jenis-jenis pencawang elektrik:

1)    Indoor – Peralatan diletakkan di dalam rumah pengagihan yang tidak mempunyai masalah kawasan yang terhad
 

2)    Outdoor – Diletakkan di kawasan terpencil 

3)  Pole mounted  - Alat ubah diletakkan di atas tiang kerana faktor ruang.  


4)  Compact – Peralatan diletakkan di dalam kotak bagi menjimatkan ruang.

5)    Underground – Peralatan diletakkan di bawah tanah bagi kawasan dalam taman.

 




6 comments:

  1. salam.. mohon share nota tuan...

    ReplyDelete
  2. PENCERAHAN YANG BAIK....KEARAH KELESTARIAN TENAGA ELEKTRIK MALAYSIA

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum , apakah kesan jika kediaman kita berhampiran dengan pilon rangkaian grid nasional ?

    ReplyDelete
  4. Apakah logam yang digunakan dalam rangkaian ini

    ReplyDelete