Secara asasnya kuasa terbahagi kepada 3 jenis berdasarkan segi tiga kuasa (power triangle).
Sudut antara VA dan W dipanggil cos θ. Sudut ini juga dipanggil faktor kuasa (Power factor, pf). Faktor kuasa yang ditetapkan oleh TNB adalah tidak kurang dari 0.8, jika kurang penalti akan dikennakan.
Voltan (V) yang dibekalkan oleh TNB adalah tetap; untuk pengiraan; satu fasa = 240V dan tiga fasa = 415V
Nilai voltan ini hanya akan berubah jika TNB kata nak ubah.
Untuk tiga fasa:
Kuasa (VA) = √3 x Arus (I) x Voltan (V)
atau, kuasa (VA) = √3 x I x V
= 1.732 x I x 415
Kuasa (Watt) = √3 x Arus (I) x Voltan (V) x pf
atau, kuasa (W) = √3 x I x V x pf
atau sama dengan kuasa (W) = VA x pf
Tetapi masa bila kita nak guna VA bila masa nak guna W?
VA ini boleh dianggap maksimum kuasa, W adalah kuasa sebenar yang kita guna.
VA banyak digunakan untuk mengungkap nilai kuasa sesebuah Genset atau UPS.
Contohnya, jika sebuah genset berkapasiti 100KVA dan faktor kuasa 0.85 maka kuasa (W) adalah 100KVA x pf = 85KW. Bermaksud, walaupun kekuatan kapasiti maksimum Genset adalah 100KVA tetapi kita tidak boleh menggunakan semaksimumnya bagi mengelakkan kerosakan. Dan jika terlebih maka faktor kuasa juga terlebih dan penalti akan dikenakan.
Dalam papan suis, faktor kuasa boleh dikawal dengan pemasangan Capasitor Bank.
Dalam papan suis, faktor kuasa boleh dikawal dengan pemasangan Capasitor Bank.
assalam..thanks with your info..mcm mana kita nak buat pengiraan terhadap bank batteri sekiranya kita menggunakan solar??
ReplyDeleteBank bateri natang apa ?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteUps ke?
Deleteuninterrubtible power supply
ReplyDelete