Wednesday, May 15, 2013

FAKTOR KUASA

Faktor kuasa adalah satu pengukuran kecekapan sesebuah litar elektrik. Kecekapan kuasa yang digunakan oleh sesebuah peralatan elektrik akan kurang dari 100% disebabkan oleh kehilangan kuasa. Kecekapan kuasa 100% bersamaan faktor kuasa = 1.

Alat-alat yang mempunyai gegelung akan bersifat induktif; contohnya cok, ballast, motor elektrik, alternator, dan transformer mempunyai faktor kuasa kurang dari 1. Ini terjadi kerana gegelung akan memerlukan kuasa untuk menghasilkan medan elektrik.

Faktor kuasa yang dibenarkan oleh pihak TNB adalah tidak kurang dari 0.85. Jadi jika kurang dari itu, pihak TNB akan mengenakan caj penalti kepada pengguna.

Persamaan segitiga kuasa;

Wednesday, April 24, 2013

PAPAN SUIS (SWITCH BOARD) - FLASH TEST / AC HIGH POT TEST

Flash test / AC High Pot Test adalah ujian untuk menguji keadaan pembumian dan bushing penyambungan pada busbar ke papan suis.

Alat uji yang digunakan dalam ujian ini adalah jenama MEGGER model 4KV HV AC Test Set atau AC/DC High Pot Tester.

Kaedah ujian yang dijalankan adalah; Papan suis akan diinject voltage sebanyak 1.5kV atau lebih (bergantung pada keperluan) dalam masa 1 saat sebanyak 2 ke 3 kali. Lampu indicator failure akan menyala jika test fail. Maka perlu periksa keadaan bushing pada busbar.

Kerintangan pada busing akan menjadi berkurangan dan akan worn out makan tahun. Jadi, sebelum ada orang mati terkena renjatan elektrik sebab pegang papan suis atau pembumian, maka eloklah diperiksa terlebih dahulu.

 

Tuesday, April 23, 2013

TRANSFORMER (ALATUBAH) - OIL TESTING

Minyak transformer adalah sejenis bendalir yang mana mungkin adalah jenis mineral atau silikon merupakan minyak penebat. Harga minyak ini adalah mahal. Dalam kegunaannya semula (reconditioned), selalunya minyak ini akan ditapis sehingga melepasi test-test yang tertentu sebelum digunakan semula, berbanding dari menukar kepada minyak yang baru. Kalau tak silap untuk menukar minyak yang baru harganya dalam bebelas ribu (harga sebutharga) dan memerlukan tenaga pakar dan kompeten. Hanya syarikat yang diberikan lesen Suruhanjaya Tenaga (ST) sahaja dibenarkan melakukan kerja-kerja penukaran minyak ini.

Oil Test Set (OTS) digunakan untuk menguji keadaan minyak transformer secara ringkas untuk mengetahui ketahanan minyak tersebut berbanding keadaan minyak baru. Sebagai contoh; jika transformer tersebut 11KV maka dielectric test yang perlu dilepasi oleh minyak tersebut mestilah sekurang-kurangnya sekali ganda iaitu 22KV (average) sebelum ia trip semasa test.

 

Monday, April 15, 2013

JANAKUASA - LITAR CHANGE OVER CONTACTOR

Litar kawalan untuk sistem Genset tidaklah terlalu sukar, jika anda mahir menggunakan contactor dan relay pasti mudah untuk kendalikannya. Sebenarnya ada banyak cara atau litar kawalan untuk Genset ni. Berikut adalah contoh yang saya rasa agak simple menggunakan contactor dan relay.


Sunday, April 14, 2013

RUMUS ASAS ELEKTRIK KUASA

Rumus asas elektrik kuasa akan digunakan secara meluas dalam bidang elektrik kuasa. Tak kira tugas anda sebagai Engineer, Chargeman, Technician atau Pengurus perlu mahir dengan kiraan kuasa.

Secara asasnya kuasa terbahagi kepada 3 jenis berdasarkan segi tiga kuasa (power triangle).


JANAKUASA - PENENTUAN & KIRAAN SAIZ JANAKUASA

Bagi tempat yang ada bekalan TNB secara asasnya kita boleh menentukan saiz sesebuah Genset yang kita nak guna di sesebuah tempat berdasarkan congakan atau melihat saiz breaker yang sedia ada pada papan suis (switch board).

Contohnya jika di papan suis hanya menggunakan 100A MCCB, jadi kita tidak perlu memilih Genset yang boleh menghasilkan lebih dari 100A. Bazir je nanti.

Saturday, April 13, 2013

JANAKUASA - ROTATING RECTIFIER DIODES

Rotating rectifier berfungsi mengubah arus ulang alik kepada arus terus yang mana memberi bekalan kepada komponen-komponen elektronik pada genset, AVR dan mengecas bateri. Komponen yang terdapat pada rotating rectifier ini hanyalah diod. Konsep litar binaan penyambungan diod-diod ini adalah bridge diodes.
 
Gambar 1: Konsep diodes bridge