Tuesday, April 23, 2013

TRANSFORMER (ALATUBAH) - OIL TESTING

Minyak transformer adalah sejenis bendalir yang mana mungkin adalah jenis mineral atau silikon merupakan minyak penebat. Harga minyak ini adalah mahal. Dalam kegunaannya semula (reconditioned), selalunya minyak ini akan ditapis sehingga melepasi test-test yang tertentu sebelum digunakan semula, berbanding dari menukar kepada minyak yang baru. Kalau tak silap untuk menukar minyak yang baru harganya dalam bebelas ribu (harga sebutharga) dan memerlukan tenaga pakar dan kompeten. Hanya syarikat yang diberikan lesen Suruhanjaya Tenaga (ST) sahaja dibenarkan melakukan kerja-kerja penukaran minyak ini.

Oil Test Set (OTS) digunakan untuk menguji keadaan minyak transformer secara ringkas untuk mengetahui ketahanan minyak tersebut berbanding keadaan minyak baru. Sebagai contoh; jika transformer tersebut 11KV maka dielectric test yang perlu dilepasi oleh minyak tersebut mestilah sekurang-kurangnya sekali ganda iaitu 22KV (average) sebelum ia trip semasa test.

 
Gambar 1: Oil Test Set Megger OTS60PB

OTS hanya ujian yang simple sahaja, selain OTS cara lain adalah dengan mengambil sample dan menghantar ke makmal untuk melalui test yang lebih detail.

Transformer failure boleh jadi pada 2 keadaan, manufacture failure (first few years) dan insulation deterioration (long term failure).

Kenapa kita perlu test minyak transformer?
Minyak berlegar-legar di dalam transformer akan menyebabkan pengumpulan bendasing, menyerap air, kelembapan, menjadi berasid, oxidation, performance atau kualiti minyak berkurangan. Jadi, ujian terhadap minyak perlu dilakukan supaya kita boleh mengambil tindakan awal sebelum transformer tu meletup.

Dielectric test atau electric strength test bukanlah kriteria untuk ujian penebatan (insulation testing) pengilang tetapi boleh dijalankan untuk mengesan pencemaran di dalam minyak yang disebabkan oleh air dan bendasing.

Berpandukan IEC156 test; kriteria ujian adalah seperti berikut:
(1) 400ml vessel
(2) Spherical Electrodes
(3) 2.5mm gap
(4) Optional stirring
(5) 2kV/s ramp rate
(6) 6 tests
(7) Average value

Dalam ujian ini, alat penguji yang digunakan adalah jenama MEGGER model OTS60PB. Format ujian dijalankan 5-2-2-2-2 (5 minit rehat selepas test pertama dan 2 minit selepas test yang berikutnya). Setiap test, alat ujian akan inject voltage 2kV sesaat sehingga trip.

 
 Gambar 2: Pemasangan dielectric Spherical Electrodes

  
Gambar 3: Menentukan jarak Spherical Electrodes

 
Gambar 4: Pengukur jarak Spherical Electrodes

 
Gambar 5: Minyak dimasukkan ke dalam OTS
 
 
Gambar 6: Menu selection sebelum test dijalankan

 
 Gambar 7: Masa rehat sebelum inject voltage yang pertama

 
Gambar 8: Ketika inject voltage. 2kV sesaat.

 
Gambar 9: Test result yang keluar.

Keputusan ujian adalah seperti berikut:

Oil temp: 27 oC

Test 1: 18.9kV
Test 2: 23.4kV
Test 3: 31.3kV
Test 4: 22.6kV
Test 5: 25.5kV
Test 6: 23.0kV
Average voltage: 24.1kV

Kesimpulannya, minyak yang digunakan untuk transformer 11kV masih boleh digunakan sebab 24kV lebih dari sekali ganda.

Untuk mendapatkan keputusan yang lebih jitu, keadaan semasa mengendalikan alat mestilah bersih.

Kebanyakannya OTS lebih kurang sama je cara pengoperasiannya. OTS yang saya guna ini adalah medel yang agak terkini, banyak feture yang membuatkan test jadi semakin senang nak buat.

11 comments: