Sunday, April 14, 2013

JANAKUASA - PENENTUAN & KIRAAN SAIZ JANAKUASA

Bagi tempat yang ada bekalan TNB secara asasnya kita boleh menentukan saiz sesebuah Genset yang kita nak guna di sesebuah tempat berdasarkan congakan atau melihat saiz breaker yang sedia ada pada papan suis (switch board).

Contohnya jika di papan suis hanya menggunakan 100A MCCB, jadi kita tidak perlu memilih Genset yang boleh menghasilkan lebih dari 100A. Bazir je nanti.



Kebiasaannya beberapa aspek perlu kita titikberatkan sebelum memilih dan membeli Genset.

(1) 1 fasa atau 3 fasa (single phase / three phases) - bergantung pada primis tempat anda. Kita pastikan bekalan yang digunakan pada penyambungan dengan TNB.

(2) Ampiar Genset - Lihat pada panel papan suis yang sedia ada. Jika 100A, tak perlu beli Genset lebih besar. Atau kita boleh kurangkan saiz ampiar Genset (contoh kepada 60A) hanya untuk kegunaan beban penting sahaja.

(3) Diesel atau Petrol - Adalah dicadangkan lebih baik menggunakan janakuasa enjin diesel kerana jangka hayatnya lebih panjang, kos operasi adalah 30%-50% lebih murah daripada petrol dan kos penyenggaraan yang lebih rendah.

(4) Kadar kelajuan janakuasa (rpm) - Peralatan elektrik biasanya menggunakan bekalan kuasa pada ulangan tetap (fixed frequency) 50 Hz . Keluaran ulangan janakuasa bergantung kepada ketetepan kelajuan enjin dan jumlah kutub janakuasa (Number of pole). Untuk menghasilkan bekalan elektrik dengan ulangan 50 hz biasanya janakuasa beroperasi pada 1500 atau 3000 rpm. Bagi janakuasa yang beroperasi pada kadar 1500 rpm empat kutub (4 pole) adalah yang biasa digunakan pada janakuasa yang besar dan lebih mahal, ia mempunyai kecekapan dan jangka hayat enjin yang baik. Bagi janakuasa beroperasi pada kadar 3000 rpm dua kutub (2 pole) adalah janakuasa jenis kecil dan rengan sesuai untuk jenis mudahalih untuk penggunaan beban kecil.

(5)  Jenama Engine - Memilih janakuasa yang tidak berjenama atau terpakai, kurang di pasaran anda mungkin sukar untuk mendapatkan keperluan alat ganti yang tulin dan perkhidmatan selepas jualan kebanyakan enjin datang dengan kotak alat ganti. Pastikan anda memilih atau membeli janakuasa ang mempunyai perkhidmatan senggaraan.

(6) Sistem Elektrikal, Perlindungan & Circuit Breaker - Sistem elektrikal di dalam Genset biasanya menggunakan 12V atau 24V sahaja (sama saiz bateri). Sistem elektrikal ini hanya bertujuan untuk (i) Penghidup motor dan bateri. Bagi janakuasa besar mestilah mempunyai pengecas alternator dengan solid state voltage regulator (ii) Enjin diesel yang besar mesti mempunyai pre-heat switch dan suis start/stop. (iii) Semua janakuasa mestilah mempunyai perlindungan enjin untuk tekanan minyak rendah (oil pressure loss) kelajuan lampau (over-speed) lebih mengengkol (over-crank) dan lampau panas (high water or operating  temperature). (iv) Sistem pemutus litar (circuit breaker) bagi perlindungan janakuasa.
(7) Saiz Genset - Saiz mestilah dipilih bersesuaian dengan beban yang hendak disambungkan. Jika saiz Genset terlalu besar, janakuasa akan berkabon, minyak berlebihan , melilih dan mudah kerosakan enjin. Sekiranya anda memilih janakusan dibawah saiz ia akan banyak mengeluarkan asap dan alatalat elektrik akan jadi rosak. Untuk mendapatkan saiz yang sebenar adalah dengan mengambil kira jumlah beban yang akan di tanggung oleh janakuasa. 
Adalah dimaklumkan bahawa janakuasa tidak digunakan secara berterusan dengan beban yang kurang dari 40%   sebaiknya beban adalah dari 50% hingga 75% adalah optimum.
Contoh:  Jumlah beban kecemasan dalam watt  =  15 KW
beban hendaklah didarab dengan 75% oleh kerana tidak semua beban digunakan secara serentak.
Jadi saiz janakuasa adalah 15,000 x 75   = 11,250 watt
100
Atau saiz janakuasa  ±  12,000 watt  =   12 KW
Janakuasa tunggu sedia yang diperlukan adalah  12 KW  atau  14 KVA <-- (12KW/0.85=14KVA)
Janakuasa mudahalih  biasanya  dari 3 – 15 KW  dan Janakuasa tetap bermula dari 7 – 40KW  atau lebih. Bagi janakuasa yang bersaiz besar biasanya diperlukan jika ada beban elektrik yang besar seperti motor pump, penghawa dingin berpusat. Purata saiz janakuasa untuk rumah kediaman adalah 10-12 KW  (tanpa penghawa dingin berpusat).





16 comments:

  1. Salam, boleh x sya nk tau komponen2 yang penting untuk selenggara genset ini?

    ReplyDelete
  2. Salam, boleh x sya nk tau komponen2 yang penting untuk selenggara genset ini?

    ReplyDelete
  3. Fuel filter, oil filter, coolant, air filter, oil lubricant(kalau jenis turbo elok guna jenis 15/40)

    ReplyDelete
  4. Salam..apa masalah genset tak boleh start..mksud sya klu start tendang balik

    ReplyDelete
  5. salam. terima kasih atas info yang diberikan..

    ReplyDelete
  6. Salam nak tanya

    1. Berapa harga penjana untk kegunaan rumah siap penghawa dingin ?
    2. Berapa jangka hayat penjana jika kita guna untk kegunaan harian ( bekalan tnb sebagai sokongan shj) maklumlah bil makin mahal hihi
    3. Boleh kah kita guna seperti kaedah di youtube ni FREE ENERGY Motor Flywheel energy for freedom http://youtu.be/LTLLnUOPOQk
    Sekian terima kasih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. 3 singgit...
      3 singgit...
      3 singgit..

      Sekian Terima kasih.

      Delete
  7. Flywheel free nergy bagus. Saya suruh kedai motor buat kan generator tu. memang save gile.. Abis lah tnb..

    ReplyDelete
  8. Assalam, apa alat kelengkapan senggaraan janakuasa

    ReplyDelete
  9. Terangkan prosedur menukar bateri genset

    ReplyDelete
  10. Saya nak tanya bolehkah bateri genset bangunan rumahpangsa dibawa keluar untuk tujuan mengecas?,..jikalau boleh,saya nak tanya dimanakah perlu bawa bateri tersebut untuk dicas?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa nak keluarkan? tak pernah saya tengok pula?

      Delete
  11. Exhaust yg asal 4inci. Sya nak sambung guna paip 3 inci untuk keluar bangunan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sambung ekzos CJ Ipoh(berkuasa tambah horse power)

      Asal = 10hp
      +CJ Ipoh = 18.9hp
      10hp²^=18.9∆׳⁴.
      Oablo +²¾ °÷%5

      Delete
  12. Minta sahabat2 share bagaimana mahu mengetahui atau formula pengiraan masa(jam/minit) pengggunaan genset yang telah digunakan dalam sehari

    ReplyDelete