Saturday, April 13, 2013

JANAKUASA - ROTATING RECTIFIER DIODES

Rotating rectifier berfungsi mengubah arus ulang alik kepada arus terus yang mana memberi bekalan kepada komponen-komponen elektronik pada genset, AVR dan mengecas bateri. Komponen yang terdapat pada rotating rectifier ini hanyalah diod. Konsep litar binaan penyambungan diod-diod ini adalah bridge diodes.
 
Gambar 1: Konsep diodes bridge



 
Gambar 2: Konsep rotating rectifier pada Genset 

Gambar 3: Contoh rotating rectifier; (bentuk mungkin berbeza bagi genset lain)

Biasanya di dalam sebuah rotating rectifier hanya terdapat 6 biji diod sahaja, dan 6 biji ini merangkumi 3 pasang diod. Contoh rupa fizikal setiap pasang diod adalah lebih kurang seperti Gambar 4.

 
Gambar 4: Set diod

Skematik adalah seperti berikut:


Untuk menentukan diod itu rosak atau tidak, kita perlu menguji dengan alat penguji seperti multimeter yang ada fungsi menguji diod.

Uji kefungsian diod (pincang hadapan):
(1) Pilih fungsi diod pada multimeter
(2) Sentuh probe pada terminal diod 1 dan 2 (merah positif/hitam negatif). Anda sepatutnya mendapat bacaan lebih kurang 0.3V, 0.5V atau 0.7V. Bacaan ini bergantung pada bahan kimia yang digunakan sebagai diod tersebut. Jika ada bacaan bermaksud diod berkeadaan baik, jika tiada bacaan atau OL bermaksud diod rosak.
(3) Lakukan juga pada terminal 3 dan 1 untuk melihat samada diod ok atau tak.


Uji kefungsian diod (pincang songsang):
Sebenarnya step ini tidaklah terlalu penting sebab kita memang tahu sepatutnya tidak ada bacaan atau OL sebab kita memeriksa diod secara terbalik.
(1) Sentuh probe pada terminal diod 2 dan 1 (merah positif/hitam negatif).
(2) Lakukan juga pada terminal 1 dan 3 untuk memastikan bacaan OL.


Pada kebiasaannya apabila diod rosak kita akan menukar rotating rectifier seketul sebab taknak buat pening kepala nak ganti satu diod...lagipun genset milik company, duit company je...kalau nak order 1 diod dan repair sendiri makan masa pulak...banyak lagi kerja lain yang boleh buat...lainlah kalau genset tu kita pasang kat rumah kita...hehehe...

2 comments:

  1. Bagaimana nak naikan lagi voltage?
    -dah adjust regulator voltage pada AVR. 3-15v bacaan pada AVR tapi hanya dapat 400v pada phase

    ReplyDelete
  2. Bagaimana nak naikan lagi voltage?
    -dah adjust regulator voltage pada AVR. 3-15v bacaan pada AVR tapi hanya dapat 400v pada phase

    ReplyDelete