Thursday, April 11, 2013

JANAKUASA - ON & OFF SECARA MANUAL

Janakuasa / Generator / Genset boleh dihidupkan (ON) atau diberhentikan (OFF) secara manual atau automatik. Semua bergantung kepada keperluan.

Di sesetengah negara-negara yang terpencil atau kerajaan tidak membekalkan tenaga elektrik, disetiap rumah ada Genset...tak perlu ada kompeten pon...semua pandai kendalikan sendiri...seolah-olah memiliki kereta atau motosikal je...

Nak hidupkan dan berhentikan Genset ni mudah saja...kalau tak ikut step pon boleh operasi jugak, cuma kalau dalam exam kalau tak ikut step siaplah...


Keadaan Genset di semua tempat adalah berbeza-beza tapi konsepnya semua sama je.

Di sini contoh saya hidupkan Genset secara manual...kalau ikutkan sistem yang ada ni boleh juga nak buat penyegerakan (synchronous)

Sebelum hidupkan Genset, adalah lebih baik kita kenal serba sedikit tentang Genset tersebut.

Contoh:

Spesifikasi Genset:

ALTERNATOR NAME:
ED100KVA
Brand name:
VOLVO
RPM:  1500rpm
Hz:  50.5Hz
Voltage:  415V
Ampere:  120A
KVA:  100KVA
KW:  80KW
Phase:  3P
Insulation class:  H

Insulation class bermaksud ketahanan material genset serta peralatan dalamannya pada haba dan persekitaran...ada banyak class, antaranya A, E, B, F, H yang mana masing-masing rating haba berbeza-beza...kalau class H lebih kurang 180 darjah celcius...haba juga boleh menyebabkan penurunan prestasi/performance pada Genset...

Kita perlu tahu apa yang kita nak lakukan sebelum, semasa dan selepas kendalikan Genset ni...barulah rasa confident...

Pastikan anda mematuhi keselamatan semasa melakukan kerja!

TURN ON GENSET

Sebelum hidupkan Genset:
(1) Periksa peralatan keselamatan. Pakai protection selengkapnya...Kasut, ear-plug, dan lain-lain...
(2) Periksa fizikal Janakuasa.
      i - Bahan Api
      ii - Minyak pelincir/enjin
      iii - Air radiator
      iv - Bateri

 

      v - Kabel-kabel keluaran
      vi - Pembumian/earthing

Tatacara menghidupkan Genset:
(1) SYNCH MODE SW kepada MAN <-- MAN bermaksud manual..pilihan sebab ada synchronous..

(2) ACB kepada automatik dan OFF <-- ada juga sistem ACB manual sahaja
(3) Set semua alat perlindungan dan penggera <--tekan button switch hijau dan merah yang sebelah kanan tu je..jangan tekan start pulak
(4) DC CONTROL SWITCH kepada ON <-- bateri untuk start enjin
(5) DUTI SELECTOR SWITCH kepada MAN <--suis manual ni
(6) NEUTRAL SWITCH kepada ON <-- penting untuk sambungkan neutral
(7) Tekan butang START <--- Engin Genset akan hidup

Setting selepas Genset hidup:
(1) Laras speed trimmer (jika perlu) <-- in case rpm lari
(2) Laras voltage trimmer (jika perlu) <--kalau voltan tak cukup...biasanya berada pada panel dekat Genset...ada juga yang modify letak pada panel utama...
(3) Periksa voltan antara fasa dan antara fasa-neutral <--kalau takde reading...kena troubleshoot
Periksa semula fizikal janakuasa daripada keadaan tidak normal, kebocoran enjin atau sebarang kerosakan.

Kemudian, Set suis BREAKER CONTROL SW kepada ‘CLOSE’ <--kalau tak buat ni supply tak masuk ke litar akhir (dalam gambar; suis sebelah kiri)...biasanya kalau takde suis comel macam kat gambar ni, ON kan pada ACB


Rekod bacaan Voltan, Arus, KW, Hz, pengira jangka jam hidupan, suhu enjin, dan tekanan minyak pelincir pada panel utama dan panel Genset.

TURN OFF GENSET

Tatacara memberhentikan janakuasa:
(1) BREAKER CONTROL SW kepada ‘TRIP’ <-- suis sebelah kiri tu
(2) Tekan suis berhenti kecemasan <--suis bulat merah yang ada arrow macam kitar semula tu
 
Langkah-langkah selepas enjin berhenti:
(1) NEUTRAL SW kepada OFF
(2) DC CONTROL SWITCH kepada OFF
(3) DUTI SELECTOR SWITCH kepada ‘OFF’

Akhir sekali adalah merekod penggunaan janakuasa di dalam buku log

Keadaan fizikal Genset dan panel bergantung pada tempat masing-masing...biasanya berlainan...

Senang je kan...samada berani atau tak je...saya tengok ada juga yang menggigil nak hidupkan Genset ni...biasanya sebab nerves...tu belum main dengan breaker switch-board, RMU atau isolator yang high voltage...hehe..

No comments:

Post a Comment