Simpai Sudut biasanya dilakukan pada tiang yang berada di tengah tetapi bersudut antara tiang yang lain. Cara lilitannya hampir sama dengan Simpai Terus tetapi lain dari segi lilitan permulaan.
Gambar 1: Simpai sudut
Peralatan dan bahan yang diperlukan untuk Simpai Sudut:
(1) Pengalir aluminium 100mm2
(2) Penebat Belenggu
(3) Dawai pengalir
(4) Pemotong dawai
(5) Besi perapat (alat yang digunakan untuk membuat lilitan)
(6) Penukul
(7) Pita pengukur
(8) Pemotong pengalir
Langkah-langkah membuat simpai sudut:
Langkah 1: Mula dawai pada pengalir aluminium bersilang (A atas, B bawah).
Langkah 2: Lilit dawai (hujung A) pada penebat belenggu dan lilit pada pengalir 1 setengah lilitan.
Langkah 3: Lilit dawai (hujung B) pada penebat belenggu dan lilit pada pengalir 1 setengah lilitan.
Langkah 4: Lilit dawai (hujung A) pada penebat belenggu dan lilit pada pengalir 6 lilitan.
Langkah 5: Lilit dawai (hujung B) pada penebat belenggu dan lilit pada pengalir 6 lilitan.
Langkah 6: Potong lebihan dawai pada hujung dawai A dan B.
Gambar-gambar semasa kerja simpai sudut...

Lilitan simpai sudut yang dibuat pada pengalir lurus...
Beginilah hasilnya...
thx 4 the info sgt berguna.adtecsa?
ReplyDeleteWau
ReplyDeleteBerapa sudut darjah utk bengkokkan pengalir aluminium ni?
ReplyDeletekurang drpd 40 darjah
Delete