Simpai Terus merupakan teknik ikatan kabel talian atas pada penebat belenggu bagi tiang elektrik yang berada di tengah antara tiang lain selagi kabel cukup panjang. Jika panjang kabel tidak mencukupi, boleh dilakukan Simpai Tamatan.
Gambar 1: Simpai Terus (yang bulat itu adalah Penebat Belenggu)
Peralatan dan bahan yang diperlukan untuk Simpai Terus:
(1) Pengalir aluminium 100mm2
(2) Penebat Belenggu
(3) Dawai pengalir
(4) Pemotong dawai
(5) Besi perapat (alat yang digunakan untuk membuat lilitan)
(6) Penukul
(7) Pita pengukur
(8) Pemotong pengalir
Langkah-langkah lilitan untuk simpai terus:
Langkah 1: Lilit dawai pada
pengalir aluminium 16 lilitan.
Langkah 2: Lilit dawai (hujung
A) pada penebat belenggu dan lilit pada pengalir 1 setengah lilitan.
Langkah 3: Lilit dawai (hujung
B) pada penebat belenggu dan lilit pada pengalir 1 setengah lilitan.
Langkah 4: Lilit dawai (hujung
A) pada penebat belenggu dan lilit pada pengalir 6
lilitan.
Langkah 5: Lilit dawai (hujung
B) pada penebat belenggu dan lilit pada pengalir 6
lilitan.
Langkah 6: Potong lebihan dawai
pada hujung dawai A dan B.
Inilah gambar-gambar ketika latihan simpai terus...
Dan inilah hasilnya selepas kemasan...
thx 4 info sgt berguna
ReplyDeleteinfo yg sgt baik.kipidap
ReplyDeleteTq boi
ReplyDeleteMoving forward
ReplyDelete